Tarikh tutup : 1 Mei 2010
Lima belas bulan telah berlalu. Tempoh itu membuatkan aku mendapat 1 lampu hijau utk 6 bulan yg exclusive setelah aku berjaya memecahkannya, kini aku dlm perjalanan utk menamatkan kontrak selama 2 tahun menyusukan Khairan. Setiap kali aku menyusukan Khairan, insyaAllah bertemankan pahala besar. Jadi aku bertekad memberi dan memberi dan terus memberi susu badan kpd Khairan. Justeru, aku teringin memeriahkan suasana contest ini dgn berkongsi pengalaman aku sendiri. Aku juga mendoakan penyusuan aku ini diakhiri dengan santapan yg begitu manis tuk Khairan sehingga umurnya mencecah 2 tahun pd 15 Disember 2010 nanti.
5 ~ Permulaan terbaik
1~ saat terindah
Pertama kali aku melihat Khairan, hati aku berdebar2 ~ gelaran ibu semmgnya kenangan yg terindah ~ Tidak akan ku lupakan tarikh istimewa pada 15 Disember 2008 jam 1015am ~ aku merasa sgt kekok utk menyusukan Khairan yg baru berusia bebape jam?? .. .. nk tergelak pun ade, riso pun ade, takut pun ade ~ mana taknya, masa first time susukan Khairan yg kuar cuma colostrum, syukurlah kerana hubby aku senantiasa memberikan pedoman & sokongan padu pd aku. Seblum bersalin, aku pun sempat melayari website susuibu.com & studying btul2 .... atas sokongan hubby dan berkat ilmu yg ade ~ alhamdulillah, mlm tu aku & hubby memanjat kesyukuran ketika menatap wajah khairan yg tidur dgn nyenyak setelah 4 jam aku menyusukan Khairan. Dalam masa yg sama, aku & hubby merasa kehidupan yg amat bahagia dimana aku mampu melahirkan & menyusui bayiku sndri...Maha kaya kuasa Allah SWT.
2 ~ breast pump
Alat ini fofular atau kena ade pd setiap ibu2 yg menyusukan ??!! Bagi pendapat aku nak membli pun ok, tak bli pun tak pe, it's no a big deal atau tak memudaratkan sgt tapi klu setakat nk membeli tetapi tak practised .. tak bole juga : dari pengalaman aku, ketika aku dlm keadaan berpantang, aku dpt 1 idea utk menggantikan breast pump ini. Ternyata ia sungguh berhasil sekali. Sememangnya kuasa Allah, semasa badan aku diurut, aku tersedar yg air susu aku kuar menitis dgn laju, dibuatnya aku jadi kejut biawak. Mak Jah (bidan aku) minta aku susukan Khairan dulu, on the support - aku pun tadah dgn gelas plastic pada breast yg satu lagi .. rasa excellent btul! Mak Jah kata "kerana masa mengurut ini amat sesuai utk baiki pulih urat2 yg bersimpul, sambil itu eloklah utk membuang angin2 kat badan : tmbhan baik utk pengaliran darah, InsyaAllah pengaliran air susu akan lancar nnt". Dari situlah aku mendapat cara utk melancarkan lagi air susu aku. Dalam situasi sebegini, aku rasa takde sebab nak stress kerana ibu2 yg baru bersalin tidak disyorkan dlm keadaan stress = ini kerana secara automatic atau drastik akan mengurangkan pengeluaran susu. Apa2 pun aku trus mengambil kesempatan yg ade, setiap kali atau selepas mak Jah dtg mengurut, akhirnya aku berjaya buat stok air susu utk bekalan Khairan ketika aku bekerja nnt .. yg lucunya tiap kali menyusukan Khairan, aku cuma guna plastic gelas utk menadah air susu aku .. ia tak ubah seperti ala ala menadah susu getah. Aku tak kisah dgn cara manual yg tersendiri, alhamdulillah aku masih lagi menyusukan Khairan .. marveloskan! Utk mendptkan susu ibu yg lebih berkualiti pengambilan nutrisi yg tepat amat penting ketika fasa menyusu - iklan dari diri aku sendiri.. hihihi.
3 ~ Panduan pemakanan
Aku berpendapat yg ini penting bagi menghasilkan air susu yg cukup POWER POWER POWER ; apa yg menariknya, pengalaman aku disini ~ aku disarankan utk mengambil makanan yg berkhasiat utk air susu yg kaya nutrient supaya seiring dgn pertumbuhan & perkembangan otak Khairan semasa dia membesar nnt : Ape yg bestnya ketika ini ~ kerana aku masih mempunyai air susu yg cukup utk Khairan. Nak dikatakan banyak ; tak juga tapi alhamdulillah kerana Khairan blum penah merungut lagi, best bukan?? Dari pemakanan ni juga aku mendapat pengalaman emas yg aku paling aku suka : Al-kisahnya, opismate aku tnya ; klu2 aku ade ambk pe pe supplement kerana melihat keadaan aku yg senantiasa sihat & bertenaga ? OOO, TIDAK SAMA SEKALI, aku blum terpikir utk mengambil apa2 supplement lagi, ini disebabkan aku tak gaduh nak bangun mlm atau x cukup tido, bila nak menyusukan Khairan ~ aku cuma perlu selak baju je , hihihi. Inilah profit yg lumayan aku kerana menyusu badan kerana tak payah nak bangun malam utk bancuhkan susu lgpun sememangnya air susu aku penuh dgn nutrien yg diperlukan sehingga Khairan sndri kekenyangan dan masa itu lah aku ambk peluang utk merehatkan badan & tido yg secukupnya .. .. itulah "pengalaman emas" yg aku jumpa, Syukurlah kerana niat aku menyusukan Khairan, boleh menjimat masa & terutamanya Khairan tak payah nak Q - Up lama2 - buka je "counter" = EXPRESS punya .. CAYA la!
4 ~ Khairan buat hal
Dalam2 aku menyusukan Khairan, blum ada pengalaman yg teruk sekali aku hadapi cuma setakat 2,3 perkara yg biasa2 tu ade laa tp sumernya atas tanggungjawab aku sebagai seore ibu, aku break in juga. Pengalaman yg tak best tu terjadi ketika aku hampir2 tak berjaya nak dpt title ~ penyusuan eksklusif ~ tapi aku memanjat kesyukuran pd illahi kerana aku blum smpi ke tahap berputus asa utk behenti dr menyusukan Khairan, jd aku nak berkongsi pengalaman "ouchh !!" aku ini. Masa tu aku terlupa ...bila gusi Khairan mula terasa gatal kerana nak tumbuh gigi, dlm masa itu juga Khairan dah mula nak mengigit atau mengesel2 puting susu aku. Wlupun ia bukanlah 1 pengalaman ngeri atau naluri kejahatan untuk aku menceraikan Khairan dari menyusu badan tapi aku jadikan ia sebagai 1 suntikan semangat aku utk terus memberikan susu badan dah berjanji tidak akan sama sekali, aku behenti utk memutuskan bekalan zat mknan yg penting tuk Khairan. Masa Khairan mengigit tu mmg tak nmpk signal, senyum2 terus mengigit...tatau camana nak inpom dgn Khairan : nak tarik x bole, nak marah pun x bole, nak gigit pun x bole ... yg aku bole cuma rasa GERAM je bila tego Khairan gesel2 puting susu aku dgn gusi, dah naik fobia aku jadinya. Pastu aku baca 1 article kat Pa & ma, ternyata ia berkesan = masa Khairan cuba nak mengigit, aku cuba tarik2kan hidungnya seolah2 Khairan merasa rimas dan memahami bahawa mengigit tu akan membuat hidungnya diusik...alhamdulillah, setiap kali menyusukan Khairan, aku akan mengusik2 hidungnya ternyata membuahkan hasil yg lumayan ... takde lagi gigitan yg aku hadapi - ternyata bagus juga petua ini!
5 ~ Permulaan terbaik
Kesedihan & kegembiraan adalah lumrah pd diriku setelah menjdi seore ibu. aku merasa dgn pelukan atau sentuhan merupakan cara yg paling baik dlm menunjukkan kasih sayang. Semasa aku menyusukan Khairan, ia memberikan sejuta makna kasih sayang, dimana aku melihat bebola mata Khairan menunjukkan kegembiraan bila aku menyusukan & memeluknya dgn erat. Tiada kata2 yg berupaya utk aku ucapkan. Sebab itulah menyusukan Khairan merupakan cara yg terbaik utk menjalinkan hubungan erat diantara kasih sayangku dgn Khairan. Aku sndri berpeluang utk tingkatkan kemersaan aku bersama Khairan sewaktu aku tgh menyusukannya malah aku hiburkan khairan ngan menyanyi (wlupun suara aku tak la semerdu mana), bercakap2 dan bertentang mata sewaktu menyusukan Khairan. itulah sentuhan keibuan penuh keajaiban. Tak rugi tau ...
6 ~ Pastikan
Pengalaman aku bertmbh menyeronokkan tatkala aku menyusukan Khairan, secara tidak langsung aku melindungi Khairan dari sakit atau jangkitan lain sbb itu aku juga jarang mengambil cuti dgn alasan anak sakit. Susu ibu ini semmgnya kaya ngan khasiat2 semula jadi terutama antibodi yg diperlukan oleh bayi2 yg meningkat besar. Dari hal ini aku mempunyai pengalaman yg tidak aku sengaja atau mungkin kurang cekap masa itu ... tidak disangkakan semasa Khairan berusia 5 bulan, Khairan dah mula2 nak meniarapkan badan. Sedang asyik aku bermain cak cak bak dgn Khairan : ntah camana dlm tak smpi 5 saat, Khairan jatuh dr katil! Rasa bergetar seluruh badan aku, aku pun trus mendukung & meletak minyak angin smbil berselawat. Dalam masa yg sama, aku trus menyusukan Khairan smbil mengusap2 lebamnya, Alhamdulillah dlm 1 jam, lebam Khairan dah beransur surut, Khairan pun kembali bermain & dlm keadaan sihat. Begitu besarnya UBAT yg dicipta oleh ALLAH secara naturalnya.
Inilah serba sikit pengalaman aku menyusukan Khairan, takde alasan dari aku mahupun Khairan. Yg pasti ~ NIAT aku utk menyusukan Khairan sendiri. Dalam2 pengalaman aku menyusukan Khairan, aku tersedar bahawa setiap ibu mesti berpeluang utk menyusukan anaknya cuma si ibu perlu yakin dgn diri sndrinya, berdoa pd Allah, sesungguhnya akan termakbul doa2 ibu yg memohon, sesungguhnya Allah tu Maha Mengetahui & Mengdengar. Amin Amin Amin.
Hadirmu Ceriakan mama & papa
Nama anak : Khairun Naim Bin Khairuddin Naim
Nama Ibu : Rudyantinie
Berapa lama menyusu : masih menyusu lg (sedang dlm prosess tuk lengkapkan, penyusuan 2 tahun)
Umur anak Sekarang : 16 Bulan
salam perkenalan...
BalasPadamtime kasie join...
good luck..
sama2 ... :)
BalasPadam