Rabu, 26 Ogos 2009

** Menyusu Khairan Di Bulan Puasa 2009 **



arini aku teringin nak berkongsi pengalaman mengenai penyusuan di bulan posa. Betapa indahnya ramadhan ni yg dtg sekali dlm setahun dlm kalendar islam. aku sebagai umat islam sedar.. bahawa penyusuan ini ni tidakla sama sekali akan menyusahkan aku tuk mengerjakan ibadat posa. Bagi aku dari DIA aku dicipta, kepada DIA juga aku akan kembali. Oleh itu setiap perkara yg berlaku mesti ade nikmat & hikmatnya bak kata ore klu nak seribu daya, klu tak nak seribu dalih. Niat aku cuma nak berkongsi ngan ape yg telah aku lalui.

1-Berpuasa tidakla memberi kesan yg negatif terhadap penyusuan. Ade juga yg bertnya.."adakah aku akan menyusukan khairan di bulan posa ni"? aku menjawab: yes, sudah tentu utk khairanku ni, selagi ade air susu, aku akan tetap menyusu khairan sepenuhnya bersama kasih kasihku ni.

2-Dalam keadaan seperti ni, aku pastikan ngan pengambilan air yg secukupnya disertakan minum susu maka sudah pasti keperluan cecair di dlm badanku ni mencukupi kerana kite akan kehilangan air semasa membuang air kencing so aku make sure akan minum air utk maintainkan kandungan air di dlm badan aku ni dibekalkan ke kilang susu.

3-Rasa syukur sepanjang penyusuan aku ngan berposa kali ni ... blum ade lg aku berdepan ngan DEHIDRASI. cuma aku disiplinkan diri aku utk menjaga kesinambungan bendalir dlm badanku ni seperti:


*aku makan makanan yg berkuah - sup,bubur & oat

*makan buah-buahan

*byk pengambilan makanan yg kaya ngan vitamin C

*aku tetap bangun sahur, x penah lg skip (lgpun sahur tu kan sunat)

*selalu berfikiran positif & yg penting aku GEMBIRA .. HOHOHO

Tiada alasan yg kukuh utk aku tidak menyusukan khairan di bulan posa.Tmbhan lg ngan KEMULIAAN yg diberikan oleh ALLAH kpd aku sebgi seore ibu- hak anak lebih diutamakan TETAPI apa pun yg aku lakukan atas keredhaan ALLAH dan bukannya utk aku nampak mulia di mata manusia.


**** SELAMAT BERPUASA & BERBAHAGIA BERSAMA ANAK TERCINTA ****




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Mothers Day Graphics